HARAPAN MEREKA ASPIRASI BERSAMA

Friday, July 31, 2009

KELEBIHAN KAD OKU

Banyak kelebihan kad Orang Kurang Upaya (OKU) kepada pemegangnya... so.. hari ini saya akan menerangkan serba sedikit mengenai kelebihan kad ini.... harap ianya dapat memberikan pengetahuan yang berguna kepada yang melayari blog ini... kuikuikui

Kemudahan Pendidikan
–Peluang pendidikan-menikut jenis kecacatan
–Pengecualian yuran kemasukan ke institusi pendidikan kelolaan KPM
–Elaun RM300 sebulan kepada siswa/siswi di IPT
–Elaun murid Pendidikan Khas RM150 sebulan

Kemudahan di dalam aktiviti harian
–SIRIM telah merangka “Kod Amalan Akses Bagi Orang Krang Upaya Ke Bangunan Awam “ yang telah menghasilkan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
–Mewajibkan semua bangunan baru mempunyai kemudahan akses kepada OKU-contoh tandas,ram, railings dll

•Kemudahan dan GalakanPelepasan Cukai Pendapatan
–Potongan cukai kepada majikan
–Pelepasan pengecualian cukai kepada ibu bapa
–Rebet cukai pembelian alat-alat khas
–Pelepasan tambahan RM6000 (+RM5000)pembayar cukai OKU dan RM3500 (+RM3000)pasangan

Pengecualian Cukai Jalan/Bayaran Lesen Memandu
–Kenderan tempatan
–Satu kenderaan sahaja dalam suatu masa

•Kemudahan Pengangkutan Awam
- Pengurangan kadar tambang 50%
–Syarikat Penerbangan Malaysia
–Keretapi Tanah Melayu
–Syarikat Prasarana Negara

•Kemudahan Perumahan
–DBKL menyediakan kemudahan menyewa rumah kos rendah
–Syarikat Perumahan Negara Berhad memberi potongan 20% harga rumah kos rendah

Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan
–Rawatan pakar
–Wad kelas 3
–Ubat-ubatan

Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan
–100% percuma bagi pasport antarabangsa

•Kemudahan Peluang Pekerjaan
–1% peluang pekerjaan di sektor awam
–Jawatankuasa Penggalakan Pengajian OKU di Sektor Swasta

Kemudahan Alat Ganti Orang kurang Upaya
– pengecualian duti import dan cukai jualan

•Elaun Pekerja Cacat
–Kelayakan gaji dibawah RM1200
–EPC RM200

•Pengecualian 50% Duti Eksais ke Atas Kenderaan OKU Anggota
•Hanya untuk cacat anggota sahaja
•Pengecualian untuk sebuah kenderaan setiap 10 tahun
•Kenderaan tidak boleh pindamilik dalam tempoh 10 tahun

Pencen Terbitan
–Pencen kepada anak/tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia

Bekerja ‘Filexi-Hours
–Anggota perkhidmatan awam yang mempunyai anak cacat dibenarkan bekerja mengikut ‘filexi-hours’ bagi mengurus anak mereka

Sistem Penempatan OKU (SPOku)
–Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (KSM)
–Pendaftaran secara online
–-menerusi http://www.elx.gov.my/

•Pelan Takaful Berkelompok OKU (PTBOKU)
–Takaful khusus untuk OKU
–melindungi OKU dan keluarga dari malapetaka

Kemudahan Telekom
–Pengecualian sewa bulanan
–Panggilan 103 percuma
–Panggilan menunggu /pindahan secara percuma

Skim Pengecualian Separa Yuran Pengajian Universiti Terbuka Malaysia
– Skim Pengecualian Separa Yuran Pengajian bagi OKU dan Warga Emas
–Universiti Untuk Semua dan Merintis Pembelajaran Sepanjang Hayat

•Bantuan Tongkat Putih “White Cane” dan Mesin Braille
•-kerajaan membiayai sepenuhnya

Franchise Shops
–Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) digalakan menceburi bidang keusahawanan
–Di bawah Skim Kredit Mikro Kerajaan

•Pas Istimewa untuk Golongan Kurang Upaya Penglihatan
–RAPID KL mengeluarkan pas istimewa untuk OKU penglihatan di semua sistem LRT STAR line dan RAPID KL bas

setakat tu jelah yang boleh saya paparkan. ha............ adakah anda OKU..... kalau ye..... ketahuilah HAK anda....... jgn saje......je tambah U pada OK. kuikuikui

Tak disangka-sangka

Memang tidak pernah disangka-sangka. tidak pernah diduga. tidak pernah meminta. namun apakan daya. dah memang rezeki kita. terimalah seadanya.... moga di lain masa. semua orang kan merasa. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang diberi nama. alhamdulillah...... bersyukur padanya. Allah Subhanawataala.

bersyukur kehadrat illahi pihak sekolah telah memberikan kepercayaan dan mengiktiraf saya dan Pn Siti NorAzreen menerima anugerah perkhidmatan cemerlang untuk tahun 2008. Sesungguhnya dengan pemberian ini akan meningkatkan lagi motivasi kami untuk terus mendidik anak bangsa dengan cemerlang. kami juga berharap ianya juga akan memberikan inspirasi kepada guru-guru yang lain untuk meningkatkan kecemerlangan......wassalam

Tahniah.....

tahniah buat trio boling perempuan yang diketuai oleh cikgu norliza kerana berjaya mendapat tempat ketiga pertandingan boling peringkat negeri Melaka. ini secara tidak langsung telah menaikkan kembali nama pendidikan khas chinchin yang sebelum ini pada tahun 2008 mempunyai wakil hingga ke peringkat kebangsaan acara individu. kejayaan ini menebus kehampaan apabila acara individu yang kalah diperingkat zon......
TAHUN DEPAN CUBA LAGI.......... CAYYuuuuuuuuuuuuUKKKK

Tuesday, July 28, 2009

Lawatan Ke Kuala Lumpur

hari ini program ditutup!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!. kata penyelaras......
bukan
saja-saja tutup tetapi program mengadakan lawatan ke Kuala Lumpur bersama dengan SMK Jasin, SK Air Baruk, SMK Seri Bemban dan SK Seri Bemban.
3 biji bas tau......
antara tempat yang dilawati seperti Pusat Sains Negara, Kilang coklat Beryls dan Masjid Putrajaya. MEMANG BEST!!!!
ini lawatan kedua untuk tahun ni,,,, sebelum nie kat zoo melaka.
tahun depan nak buat perancangan pergi melawat di tempat yang lagi best kuikuikui.




begitu asyik mendengar penerangan robotik oleh urusetia pusat sains negara. macam berkenan jer... boleh bagi satu robot bang ......






















penat oooooiiii. tak cukup KFC.... nasi berlauk hentam..... janji kenyang..




gah tersergam indah.... uhuk!!!!! takleh masuh

Sunday, July 26, 2009

Minggu membaca

Siapa kata murid pendidikan khas tidak berbakat. sepanjang minggu sains(20-24 julai 2009) berlangsung murid pendidikan khas mengambil bahagian dalam mangeja betul , mewarna serta nyanyian.
kesian tengok cikgu liza latih murid ni nak suruh joget sikit pun malu. yang terlebih joget pun ada jugak. nak buat cammana. cobaan..........
tahniah !!!!!!!!!!!!!! buat syed fitri menang mengeja betul mengalahkan murid pemulihan. tahniah jugak kat murid p.khas berani menyertai pertandingan nyanyian walaupun menang hadiah khas. sbb budak lain lagi best. jd p.khas hadiah spesel bg tak menghampakan mereka. kuikuikui.....
Pembantu Pengurusan Murid pun bersorak masa murid p. khas buat persembahan. yelah.... prop ynag disediakan oleh mereka digunakan dengan di atas pentas.

amacam..... hadiah best ni!!!!

Pertandingan Ten Pin Bowling Zon Jasin



Meriah sungguh pertandingan ten pin bowling peringkat zon jasin yang diadakan pada 23 hb julai yang lalu. acara yang disertai oleh program seperti individu perempuan dan lelaki serta trio lelaki dan perempuan. alhamdulillah, sangkut satu emas acara trio perempuan. yang lain tu faham2 jelah.......

dah menang pening kepala pulak sbb kena wakil kawasan ke p. negeri pada 28 julai ni sbb btembung dgn lawatan program bersama SMK Jasin ke KL.

apa-apapun melihat keseronokan murid bermain bowling tidak dapat digambarkan. maklumlah murid luar bandar. seronoknya main lain macam. kuikuikui.
calon jejaka impian??????? tp..... dah kawin da....

Sunday, July 12, 2009

Selamat Hari Jadi Semua

selamat hari lahir kepada semua murid-murid PPKI yang lahir pada bulan Januari hingga Jun. memang happening giler. siap masak sendiri tapi kek terpaksa ler beli. takut tak jadi.

semoga panjang umur dan menjadi murid yang lebih baik
mohd aidil
yeow sze qi
mohd hafis
mohd irfan

Saturday, July 11, 2009

Kursus LDP Bil 4

Alhamdulillah. kali ini Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan Bil 4 telah dilaksanakan dengan jayanya. Lain sedikit pada kali ini kerana SK Chinchin bergabung dengan SK Terentang. Fuh memang best. Bermula dari pukul 8.00 pg sehingga 1.40 tgh bagaikan sekejap sahaja. Guru-guru pendidikan khas kedua-dua buah sekolah turut terlibat.

slot pertama

8.00pg - 10.00 pg - Ceramah guru cemerlang



Ceramah guru cemerlang disampaikan oleh Tn Hj Badrul Hisham dari IPPM Melaka


slot kedua

10.30pg - 1.30 tgh - pertolongan cemas dan Menyelamat

Disampaikan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daerah Jasin dan Melaka Tengah.

Bersemangat sungguh guru mengikuti kursus ini kerana melibatkan teori dan praktikal. Semasa teori dan praktikal pemulihan jantung dan paru-paru(CPR) berpeluh anggota JPAM menjawab pelbagai soalan dari guru-guru. Ada yang tak masuk akal pun ada. Begitu juga dangan sesi menyelamat. mudah-mudahan apa yang diikuti oleh guru-guru kali ini akan memberikan banyak manfaat yang berguna.









"bersungguh-sungguh cikgu Aliati melakukan CPR"








alamak!!!!!!!!!!!! hidup lagi ker nie?

Friday, July 3, 2009


wajah-wajah warga PIPK sekitar tahun 2007

Sejarah Program

Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran) SK Chinchin, Jasin dimulakan pada tahun 2003. Pada ketika itu hanya 2 murid dan seorang guru di program berkenaan. Pada tahun 2004 infrastruktur program ini telah diubahsuai dari kelas biasa kepada sebuah kelas yang mempunyai ciri-ciri kelas khas seperti bilik urus diri, tandas, dapur dan keluasan bangunan telah ditambah sedikit. Sehingga tahun 2009 program ini telah bertambah kepada 7 murid dan 3 guru dimana pelbagai aktiviti telah dan sedang dilaksanakan bagi memberi peluang kepada kanak-kanak berkeperluan khas untuk belajar seperti murid biasa