HARAPAN MEREKA ASPIRASI BERSAMA

Friday, August 21, 2009

SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT BERCUTI


Dikesempatan di bulan mulia ini saya ingin mengucapkan salam ramadahan kepada semua muslimin dan muslimat walau dimana jua berada. khas buat semua murid-murid disamping berpuasa diucap selamat bercuti....... tetapi jangan lupa kerja sekolah yang diberikan dan rajin-rajinlah membuat ulangkaji. Exam UPSR dah hampir................

Wednesday, August 12, 2009

PROJEK TAMAN BOTANIKAL




Projek taman botanikal baru je start bulan Mei ari tu.... ia dibawah kendalian cikgu ghafar... maklumlah subjek pertanian... yang bestnya.... hampir 90% dilakukan oleh murid dan hasil tanaman pun dah mula dituai.... kuikuikui... makcik kantin le jadi tempat jualan. hari tu dapat le RM 2 bendi... semalam dapat RM1 sbb bendi dah tua sikit.... takpelah... puas hati budak dapat tengok hasilnye. "macam-macam ada" bendi, cili api, bayam, terung, kacang panjang, kangkung dan bestnye pokok bunga ler.... 2 waktu je(60 minit dalam seminggu) untuk topik pertanian tetapi dengan kebijaksanaan cikgu ghafar menguruskannya dan dibantu guru-pendidikan khas yang lain..... perlaksanaan taman ini berjaya......


ANGKARA H1N1



hmmmmmmmmmmmmm. macam-macam hal dah berlaku psl selesema babi. banyak orang dah mati. sekolah kawasan jasin pun dah banyak tutup. Alhamdulillah SK Chinchin masih bertahan. mungkin sebab duduk di kampung maka penularannya tak sehebat di bandar. Tuptup.... tadi dah datang beberapa pegawai kesihatan ke sekolah... habis semua murid diperiksa.... kami berterima kasih sangaaaaaaaaaaatlahh sbb sudi juga datang menjengah kat sekolah kampung ni... memang dasar selesema babi tak kenal siapa.... 3 orang positif kena... terkejut jugak... sbb salah sorangnya anak cikgu sekolah ni.... apa lagi kuarantin rumah ler diaorang... sekolah tetap diteruskan kerana tidak mencapai tahap yang membahayakan... esok.... aku pakai topeng mulut. dah takut dah ler...