HARAPAN MEREKA ASPIRASI BERSAMA

Friday, July 31, 2009

KELEBIHAN KAD OKU

Banyak kelebihan kad Orang Kurang Upaya (OKU) kepada pemegangnya... so.. hari ini saya akan menerangkan serba sedikit mengenai kelebihan kad ini.... harap ianya dapat memberikan pengetahuan yang berguna kepada yang melayari blog ini... kuikuikui

Kemudahan Pendidikan
–Peluang pendidikan-menikut jenis kecacatan
–Pengecualian yuran kemasukan ke institusi pendidikan kelolaan KPM
–Elaun RM300 sebulan kepada siswa/siswi di IPT
–Elaun murid Pendidikan Khas RM150 sebulan

Kemudahan di dalam aktiviti harian
–SIRIM telah merangka “Kod Amalan Akses Bagi Orang Krang Upaya Ke Bangunan Awam “ yang telah menghasilkan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
–Mewajibkan semua bangunan baru mempunyai kemudahan akses kepada OKU-contoh tandas,ram, railings dll

•Kemudahan dan GalakanPelepasan Cukai Pendapatan
–Potongan cukai kepada majikan
–Pelepasan pengecualian cukai kepada ibu bapa
–Rebet cukai pembelian alat-alat khas
–Pelepasan tambahan RM6000 (+RM5000)pembayar cukai OKU dan RM3500 (+RM3000)pasangan

Pengecualian Cukai Jalan/Bayaran Lesen Memandu
–Kenderan tempatan
–Satu kenderaan sahaja dalam suatu masa

•Kemudahan Pengangkutan Awam
- Pengurangan kadar tambang 50%
–Syarikat Penerbangan Malaysia
–Keretapi Tanah Melayu
–Syarikat Prasarana Negara

•Kemudahan Perumahan
–DBKL menyediakan kemudahan menyewa rumah kos rendah
–Syarikat Perumahan Negara Berhad memberi potongan 20% harga rumah kos rendah

Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan
–Rawatan pakar
–Wad kelas 3
–Ubat-ubatan

Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan
–100% percuma bagi pasport antarabangsa

•Kemudahan Peluang Pekerjaan
–1% peluang pekerjaan di sektor awam
–Jawatankuasa Penggalakan Pengajian OKU di Sektor Swasta

Kemudahan Alat Ganti Orang kurang Upaya
– pengecualian duti import dan cukai jualan

•Elaun Pekerja Cacat
–Kelayakan gaji dibawah RM1200
–EPC RM200

•Pengecualian 50% Duti Eksais ke Atas Kenderaan OKU Anggota
•Hanya untuk cacat anggota sahaja
•Pengecualian untuk sebuah kenderaan setiap 10 tahun
•Kenderaan tidak boleh pindamilik dalam tempoh 10 tahun

Pencen Terbitan
–Pencen kepada anak/tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia

Bekerja ‘Filexi-Hours
–Anggota perkhidmatan awam yang mempunyai anak cacat dibenarkan bekerja mengikut ‘filexi-hours’ bagi mengurus anak mereka

Sistem Penempatan OKU (SPOku)
–Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (KSM)
–Pendaftaran secara online
–-menerusi http://www.elx.gov.my/

•Pelan Takaful Berkelompok OKU (PTBOKU)
–Takaful khusus untuk OKU
–melindungi OKU dan keluarga dari malapetaka

Kemudahan Telekom
–Pengecualian sewa bulanan
–Panggilan 103 percuma
–Panggilan menunggu /pindahan secara percuma

Skim Pengecualian Separa Yuran Pengajian Universiti Terbuka Malaysia
– Skim Pengecualian Separa Yuran Pengajian bagi OKU dan Warga Emas
–Universiti Untuk Semua dan Merintis Pembelajaran Sepanjang Hayat

•Bantuan Tongkat Putih “White Cane” dan Mesin Braille
•-kerajaan membiayai sepenuhnya

Franchise Shops
–Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) digalakan menceburi bidang keusahawanan
–Di bawah Skim Kredit Mikro Kerajaan

•Pas Istimewa untuk Golongan Kurang Upaya Penglihatan
–RAPID KL mengeluarkan pas istimewa untuk OKU penglihatan di semua sistem LRT STAR line dan RAPID KL bas

setakat tu jelah yang boleh saya paparkan. ha............ adakah anda OKU..... kalau ye..... ketahuilah HAK anda....... jgn saje......je tambah U pada OK. kuikuikui

No comments: