HARAPAN MEREKA ASPIRASI BERSAMA

Saturday, December 12, 2009

SALAM PERPISAHAN SEMUA

Assalamualaikum.....

terasa berat hati ini untuk meninggalkan sekolah yang sudah hampir 7 tahun kucurahkan bakti.... namun terpaksa ku teruskan jua.... selepas ini blog ini akan diuruskan oleh guru lain yang berminat untuk meneruskannya.... surat daripada jabatan pelajaran sudah diterima permohonan untuk menukar sekolah telah diluluskan ke sekolah SK Parit Melana Alor Gajah Melaka..... kepada rakan blog yang lain saya akan meneruskan blog yang lain di sekolah baru nanti..... hari ini baru sahaja selesai mengemas barang dan menyerahkan tugas dan barang sekolah. sebabnya.....sambung belajar program PGSR di MPIK. harapan saya agar program disini akan lebih berjaya kelak dan doakan kebaikan kehidupan saya di dunia dan di akhirat.... salam perpisahan.......byebye.................from..aimran...

Saturday, November 21, 2009

SELAMAT BERCUTI

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN CHINCHIN. SEMOGA KITA DAPAT BERJUMPA LAGI DI TAHUN 2010 NANTI.......... KEPADA TAHUN 5 BERSEDIALAH UNTUK HADIR TUISYEN YANG AKAN BERMULA 23hb NIE.......... ITU SEMUAUNTUK ANDA MENGHADAPI UPSR NANTI.... HIHIHIHI,,,KEPADA 2 MURID PEND. KHAS........ ADIK AIDIL DAN ADIK ISMAIL ANDA AKAN KAMI BIMBING SEBAIK MUNGKIN BAGI MENGHADAPI UPSR TAHUN HADAPAN..... SELAMAT MAJU JAYA

Thursday, November 19, 2009

KEPUTUSAN UPSR

keputusan UPSR tahun nie agak mengecewakan..tiada yang mendapat 5A. 4A1B empat orang.... bagi guru-guru SK Chinchin diharap jangan terus bersedih dan tanamkan azam yang kuat untuk bangun memberikan komitmen yang tinggi agar keputusan tahun depan lebih baik...... saya pun sedih jugak....

Wednesday, November 18, 2009

DATA....DATA....DATA....

luahan hati penyelaras

Huhhhhh sibuk sungguh hari nie.....selepas sibuk dengan majlis hari kualiti sekolah terus jer berkejar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Gelam (SMKKG)kerana taklimat dan sistem terbaru untuk guru data pendidikan khas.jarak perjalanan lebih kurang 104 kilometer pergi balik.... sebenarnya tugas ini adalah untuk guru Ghafar (guru data pendidikan khas) tetapi memandangkan dia baru balik dari perkhemahan....saya bersedia memikul tanggungjawab berkenaan.... jika tidak sistem terbaru data versian 01 tak dapat diperolehi....sistem terbaru ini memang canggih..... tetapi.... sayalah diantara orang yang terakhir siap memasukkan data kerana sistem data yang telah diinstall CORRUPT..... biasalahhhhh DUGAAN........ sepanjang perjalanan balik hujan turun begitu lebat....... ku redah jua.... menggigil sampai dirumah.... huaaaaaa

PENYAMPAIAN HARI Q SEKOLAH

Hari nie... diadakan majlis penyampaian hadiah ataupun hari Q peringkat sekolah...... tahniah diucapakan kepada norsyafiqah yang mendapat tempat pertama dalam peperikasaan akhir tahun, mohd aidil tempat kedua... dan mohd ismail tempat ketiga.... turut diperolehi juga pencapaian mata pelajaran terbaik setiap mata pelajaran..... dan peningkatan melebihi 5 peratus dalam keseluruhan peperiksaan.hadiah adalah berupa plak yang sungguh cantik.... sesungguhnya mereka di PIPK sekolah ini tidak pernah diabaikan untuk merasai peluang yang sama dengan pelajar aliran perdana.... kami guru-guru akan berusaha memastikan program integrasi mencapai matlamat integrasi itu sendiri. hari nie hanya mohd aidiel yang mengambil hadiah disebabkan murid lain yang berkenaan masih mengikuti program perkhemahan. syabas murid PPKI SK Chinchin.....

Tuesday, November 17, 2009

pERKHEMAHAN MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS

Bermula semalam 16 sehingga 18 seramai 3 murid dan seorang guru serta seorang PPM menyertai perkhemahan murid-murid pendidikan khas peringkat negeri melaka bertempat di Ayer Keroh Melaka. sempat juga saya berkunjung kesana semalam melihat perkembangan murid sekolah saya selepas selesai waktu persekolahan.. rata-ratanya mereka begitu teruja mengikuti perkhemahan ni. hari ni saya tidak berkesempatan pergi kesana kerana sibuk dengan mesyuarat kurikulum dan persiapan PA sistem (pinjam PKG Jasin) untuk hari Q esok... saya di maklumkan ketiga-murid terlibat dengan malam kebudayaan mewakili zon jasin dalam membuat persembahan. berbakat juga yer....segala gambar aktiviti akan dipamerkan kelak setelah ianya diperoleh dari cikgu ghafar.

Monday, November 16, 2009

lawatan ke genting highlands

Pada 10 November lalu sekolah telah mengadakan lawatan ke genting highlands..... murid pendidikan khas pun join sekali.... kebetulan cikgu norliza guru pendidikan khas ketua rombongan habis diangkut sekali guru, murid dan ppm pendidikan khas...... rombongan ini sebenarnya dikhususkan untuk tahap 2....... Lawatan nie memang best gilerrrrrr.... saya pun firstime sampai disitu.... murid pendkhas apa lagi seronoknya bukan kepalang......... dapat bermain pelbagai permainan yang ada disitu.... banyak gambar ke genting highland tu telah dimuat turun ke dalam facebook saya....aimran hamzah. so harap tahun hadapan dapat lagi diadakan program lawatan yang menarik bagi membuka minda murid terutamanya pendidikan khas..... lawatan ini adalah kali ketiga....untuk tahun nie.... kali pertama... ke zoo melaka dan eye on melaka.... ke dua ...ke Kuala Lumpur..Petro Sains dan KLCC dan ke Genting Highland yang ketiga.....

Wednesday, October 7, 2009

LAWATAN GURU PELATIH DARI IPG-IPPM

HARI NIE TERDAPAT LAWATAN DARIPADA GURU PELATIH IPPM KE SEKOLAH. DIOARANG DTG KERANA ADA PROGRAM SAINS BERSAMA GURU ALIRAN PERDANA. KESEMUANYA WANITA. TAHNIAH KEPADA GURU SAINS SEKOLAH KERANA BERJAYA MEMUASKAN HATI MEREKA. KEPADA GURU PELATIH TERUSLAH BERUSAHA DAN SEMOGA BERJAYA.

Wednesday, September 9, 2009

CUTI BERGILIR

Sempena Peperiksaan UPSR yang sedang berlangsung maka esok telah diumumkan cuti bagi murid-murid berkeperluan khas. bersorak ler korang. cikgu tak ade cuti. kerja tetap kerja. cuti nie cuti bergilir. setiap darjah merasai cuti satu hari bermula selasa ari tu. jangan pulak beli mercun sudahle waktu cuti nie. depan rumah cikgu setiap malam ada pesta mercun buat memeningkan saraf telinga cikgu.....

Friday, August 21, 2009

SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT BERCUTI


Dikesempatan di bulan mulia ini saya ingin mengucapkan salam ramadahan kepada semua muslimin dan muslimat walau dimana jua berada. khas buat semua murid-murid disamping berpuasa diucap selamat bercuti....... tetapi jangan lupa kerja sekolah yang diberikan dan rajin-rajinlah membuat ulangkaji. Exam UPSR dah hampir................

Wednesday, August 12, 2009

PROJEK TAMAN BOTANIKAL




Projek taman botanikal baru je start bulan Mei ari tu.... ia dibawah kendalian cikgu ghafar... maklumlah subjek pertanian... yang bestnya.... hampir 90% dilakukan oleh murid dan hasil tanaman pun dah mula dituai.... kuikuikui... makcik kantin le jadi tempat jualan. hari tu dapat le RM 2 bendi... semalam dapat RM1 sbb bendi dah tua sikit.... takpelah... puas hati budak dapat tengok hasilnye. "macam-macam ada" bendi, cili api, bayam, terung, kacang panjang, kangkung dan bestnye pokok bunga ler.... 2 waktu je(60 minit dalam seminggu) untuk topik pertanian tetapi dengan kebijaksanaan cikgu ghafar menguruskannya dan dibantu guru-pendidikan khas yang lain..... perlaksanaan taman ini berjaya......


ANGKARA H1N1



hmmmmmmmmmmmmm. macam-macam hal dah berlaku psl selesema babi. banyak orang dah mati. sekolah kawasan jasin pun dah banyak tutup. Alhamdulillah SK Chinchin masih bertahan. mungkin sebab duduk di kampung maka penularannya tak sehebat di bandar. Tuptup.... tadi dah datang beberapa pegawai kesihatan ke sekolah... habis semua murid diperiksa.... kami berterima kasih sangaaaaaaaaaaatlahh sbb sudi juga datang menjengah kat sekolah kampung ni... memang dasar selesema babi tak kenal siapa.... 3 orang positif kena... terkejut jugak... sbb salah sorangnya anak cikgu sekolah ni.... apa lagi kuarantin rumah ler diaorang... sekolah tetap diteruskan kerana tidak mencapai tahap yang membahayakan... esok.... aku pakai topeng mulut. dah takut dah ler...

Friday, July 31, 2009

KELEBIHAN KAD OKU

Banyak kelebihan kad Orang Kurang Upaya (OKU) kepada pemegangnya... so.. hari ini saya akan menerangkan serba sedikit mengenai kelebihan kad ini.... harap ianya dapat memberikan pengetahuan yang berguna kepada yang melayari blog ini... kuikuikui

Kemudahan Pendidikan
–Peluang pendidikan-menikut jenis kecacatan
–Pengecualian yuran kemasukan ke institusi pendidikan kelolaan KPM
–Elaun RM300 sebulan kepada siswa/siswi di IPT
–Elaun murid Pendidikan Khas RM150 sebulan

Kemudahan di dalam aktiviti harian
–SIRIM telah merangka “Kod Amalan Akses Bagi Orang Krang Upaya Ke Bangunan Awam “ yang telah menghasilkan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
–Mewajibkan semua bangunan baru mempunyai kemudahan akses kepada OKU-contoh tandas,ram, railings dll

•Kemudahan dan GalakanPelepasan Cukai Pendapatan
–Potongan cukai kepada majikan
–Pelepasan pengecualian cukai kepada ibu bapa
–Rebet cukai pembelian alat-alat khas
–Pelepasan tambahan RM6000 (+RM5000)pembayar cukai OKU dan RM3500 (+RM3000)pasangan

Pengecualian Cukai Jalan/Bayaran Lesen Memandu
–Kenderan tempatan
–Satu kenderaan sahaja dalam suatu masa

•Kemudahan Pengangkutan Awam
- Pengurangan kadar tambang 50%
–Syarikat Penerbangan Malaysia
–Keretapi Tanah Melayu
–Syarikat Prasarana Negara

•Kemudahan Perumahan
–DBKL menyediakan kemudahan menyewa rumah kos rendah
–Syarikat Perumahan Negara Berhad memberi potongan 20% harga rumah kos rendah

Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan
–Rawatan pakar
–Wad kelas 3
–Ubat-ubatan

Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan
–100% percuma bagi pasport antarabangsa

•Kemudahan Peluang Pekerjaan
–1% peluang pekerjaan di sektor awam
–Jawatankuasa Penggalakan Pengajian OKU di Sektor Swasta

Kemudahan Alat Ganti Orang kurang Upaya
– pengecualian duti import dan cukai jualan

•Elaun Pekerja Cacat
–Kelayakan gaji dibawah RM1200
–EPC RM200

•Pengecualian 50% Duti Eksais ke Atas Kenderaan OKU Anggota
•Hanya untuk cacat anggota sahaja
•Pengecualian untuk sebuah kenderaan setiap 10 tahun
•Kenderaan tidak boleh pindamilik dalam tempoh 10 tahun

Pencen Terbitan
–Pencen kepada anak/tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia

Bekerja ‘Filexi-Hours
–Anggota perkhidmatan awam yang mempunyai anak cacat dibenarkan bekerja mengikut ‘filexi-hours’ bagi mengurus anak mereka

Sistem Penempatan OKU (SPOku)
–Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (KSM)
–Pendaftaran secara online
–-menerusi http://www.elx.gov.my/

•Pelan Takaful Berkelompok OKU (PTBOKU)
–Takaful khusus untuk OKU
–melindungi OKU dan keluarga dari malapetaka

Kemudahan Telekom
–Pengecualian sewa bulanan
–Panggilan 103 percuma
–Panggilan menunggu /pindahan secara percuma

Skim Pengecualian Separa Yuran Pengajian Universiti Terbuka Malaysia
– Skim Pengecualian Separa Yuran Pengajian bagi OKU dan Warga Emas
–Universiti Untuk Semua dan Merintis Pembelajaran Sepanjang Hayat

•Bantuan Tongkat Putih “White Cane” dan Mesin Braille
•-kerajaan membiayai sepenuhnya

Franchise Shops
–Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) digalakan menceburi bidang keusahawanan
–Di bawah Skim Kredit Mikro Kerajaan

•Pas Istimewa untuk Golongan Kurang Upaya Penglihatan
–RAPID KL mengeluarkan pas istimewa untuk OKU penglihatan di semua sistem LRT STAR line dan RAPID KL bas

setakat tu jelah yang boleh saya paparkan. ha............ adakah anda OKU..... kalau ye..... ketahuilah HAK anda....... jgn saje......je tambah U pada OK. kuikuikui

Tak disangka-sangka

Memang tidak pernah disangka-sangka. tidak pernah diduga. tidak pernah meminta. namun apakan daya. dah memang rezeki kita. terimalah seadanya.... moga di lain masa. semua orang kan merasa. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang diberi nama. alhamdulillah...... bersyukur padanya. Allah Subhanawataala.

bersyukur kehadrat illahi pihak sekolah telah memberikan kepercayaan dan mengiktiraf saya dan Pn Siti NorAzreen menerima anugerah perkhidmatan cemerlang untuk tahun 2008. Sesungguhnya dengan pemberian ini akan meningkatkan lagi motivasi kami untuk terus mendidik anak bangsa dengan cemerlang. kami juga berharap ianya juga akan memberikan inspirasi kepada guru-guru yang lain untuk meningkatkan kecemerlangan......wassalam

Tahniah.....

tahniah buat trio boling perempuan yang diketuai oleh cikgu norliza kerana berjaya mendapat tempat ketiga pertandingan boling peringkat negeri Melaka. ini secara tidak langsung telah menaikkan kembali nama pendidikan khas chinchin yang sebelum ini pada tahun 2008 mempunyai wakil hingga ke peringkat kebangsaan acara individu. kejayaan ini menebus kehampaan apabila acara individu yang kalah diperingkat zon......
TAHUN DEPAN CUBA LAGI.......... CAYYuuuuuuuuuuuuUKKKK

Tuesday, July 28, 2009

Lawatan Ke Kuala Lumpur

hari ini program ditutup!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!. kata penyelaras......
bukan
saja-saja tutup tetapi program mengadakan lawatan ke Kuala Lumpur bersama dengan SMK Jasin, SK Air Baruk, SMK Seri Bemban dan SK Seri Bemban.
3 biji bas tau......
antara tempat yang dilawati seperti Pusat Sains Negara, Kilang coklat Beryls dan Masjid Putrajaya. MEMANG BEST!!!!
ini lawatan kedua untuk tahun ni,,,, sebelum nie kat zoo melaka.
tahun depan nak buat perancangan pergi melawat di tempat yang lagi best kuikuikui.




begitu asyik mendengar penerangan robotik oleh urusetia pusat sains negara. macam berkenan jer... boleh bagi satu robot bang ......






















penat oooooiiii. tak cukup KFC.... nasi berlauk hentam..... janji kenyang..




gah tersergam indah.... uhuk!!!!! takleh masuh

Sunday, July 26, 2009

Minggu membaca

Siapa kata murid pendidikan khas tidak berbakat. sepanjang minggu sains(20-24 julai 2009) berlangsung murid pendidikan khas mengambil bahagian dalam mangeja betul , mewarna serta nyanyian.
kesian tengok cikgu liza latih murid ni nak suruh joget sikit pun malu. yang terlebih joget pun ada jugak. nak buat cammana. cobaan..........
tahniah !!!!!!!!!!!!!! buat syed fitri menang mengeja betul mengalahkan murid pemulihan. tahniah jugak kat murid p.khas berani menyertai pertandingan nyanyian walaupun menang hadiah khas. sbb budak lain lagi best. jd p.khas hadiah spesel bg tak menghampakan mereka. kuikuikui.....
Pembantu Pengurusan Murid pun bersorak masa murid p. khas buat persembahan. yelah.... prop ynag disediakan oleh mereka digunakan dengan di atas pentas.

amacam..... hadiah best ni!!!!

Pertandingan Ten Pin Bowling Zon Jasin



Meriah sungguh pertandingan ten pin bowling peringkat zon jasin yang diadakan pada 23 hb julai yang lalu. acara yang disertai oleh program seperti individu perempuan dan lelaki serta trio lelaki dan perempuan. alhamdulillah, sangkut satu emas acara trio perempuan. yang lain tu faham2 jelah.......

dah menang pening kepala pulak sbb kena wakil kawasan ke p. negeri pada 28 julai ni sbb btembung dgn lawatan program bersama SMK Jasin ke KL.

apa-apapun melihat keseronokan murid bermain bowling tidak dapat digambarkan. maklumlah murid luar bandar. seronoknya main lain macam. kuikuikui.
calon jejaka impian??????? tp..... dah kawin da....

Sunday, July 12, 2009

Selamat Hari Jadi Semua

selamat hari lahir kepada semua murid-murid PPKI yang lahir pada bulan Januari hingga Jun. memang happening giler. siap masak sendiri tapi kek terpaksa ler beli. takut tak jadi.

semoga panjang umur dan menjadi murid yang lebih baik
mohd aidil
yeow sze qi
mohd hafis
mohd irfan

Saturday, July 11, 2009

Kursus LDP Bil 4

Alhamdulillah. kali ini Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan Bil 4 telah dilaksanakan dengan jayanya. Lain sedikit pada kali ini kerana SK Chinchin bergabung dengan SK Terentang. Fuh memang best. Bermula dari pukul 8.00 pg sehingga 1.40 tgh bagaikan sekejap sahaja. Guru-guru pendidikan khas kedua-dua buah sekolah turut terlibat.

slot pertama

8.00pg - 10.00 pg - Ceramah guru cemerlang



Ceramah guru cemerlang disampaikan oleh Tn Hj Badrul Hisham dari IPPM Melaka


slot kedua

10.30pg - 1.30 tgh - pertolongan cemas dan Menyelamat

Disampaikan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daerah Jasin dan Melaka Tengah.

Bersemangat sungguh guru mengikuti kursus ini kerana melibatkan teori dan praktikal. Semasa teori dan praktikal pemulihan jantung dan paru-paru(CPR) berpeluh anggota JPAM menjawab pelbagai soalan dari guru-guru. Ada yang tak masuk akal pun ada. Begitu juga dangan sesi menyelamat. mudah-mudahan apa yang diikuti oleh guru-guru kali ini akan memberikan banyak manfaat yang berguna.









"bersungguh-sungguh cikgu Aliati melakukan CPR"








alamak!!!!!!!!!!!! hidup lagi ker nie?

Friday, July 3, 2009


wajah-wajah warga PIPK sekitar tahun 2007

Sejarah Program

Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran) SK Chinchin, Jasin dimulakan pada tahun 2003. Pada ketika itu hanya 2 murid dan seorang guru di program berkenaan. Pada tahun 2004 infrastruktur program ini telah diubahsuai dari kelas biasa kepada sebuah kelas yang mempunyai ciri-ciri kelas khas seperti bilik urus diri, tandas, dapur dan keluasan bangunan telah ditambah sedikit. Sehingga tahun 2009 program ini telah bertambah kepada 7 murid dan 3 guru dimana pelbagai aktiviti telah dan sedang dilaksanakan bagi memberi peluang kepada kanak-kanak berkeperluan khas untuk belajar seperti murid biasa