HARAPAN MEREKA ASPIRASI BERSAMA

Wednesday, August 12, 2009

PROJEK TAMAN BOTANIKAL




Projek taman botanikal baru je start bulan Mei ari tu.... ia dibawah kendalian cikgu ghafar... maklumlah subjek pertanian... yang bestnya.... hampir 90% dilakukan oleh murid dan hasil tanaman pun dah mula dituai.... kuikuikui... makcik kantin le jadi tempat jualan. hari tu dapat le RM 2 bendi... semalam dapat RM1 sbb bendi dah tua sikit.... takpelah... puas hati budak dapat tengok hasilnye. "macam-macam ada" bendi, cili api, bayam, terung, kacang panjang, kangkung dan bestnye pokok bunga ler.... 2 waktu je(60 minit dalam seminggu) untuk topik pertanian tetapi dengan kebijaksanaan cikgu ghafar menguruskannya dan dibantu guru-pendidikan khas yang lain..... perlaksanaan taman ini berjaya......


2 comments:

  1. assalammualaikom....

    salam kenalan dari anakkhas...

    cantik tanaman cikgu.
    sebenarnya cikgu saya juga ada mengusahakan projek berkebun untuk murid ppki. namun sejak 2 minggu ini tanaman kami diserang oleh serangga.(ada yang kata sebab saya guna baja najis ayam. baja ini menjadi tarikan ulat.)

    saya dah sembur dengan racun dari pasaran tempatan tapi rasanya tak berhasil untuk ulat yang menyerang bendi. ulat ini menyerang dari pucuk dan memakan batang pokok.

    saya harap kepada sesiapa yang arif untuk membantu kami di sini (terutamanya cikgu ghafar... tolong bagi tunjuk ajar cikgu...

    alamat kami:- web rasmi www.anakkhas.com

    blog anakkhas http://anakkhas.blogspot.com

    blog himpunan blog pendidikan khas http://bloganakkhas.blogspot.com

    kunjungi kami cikgu segera...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikumm...

    terima kasih diatas segala pujian.... segala-galanya milik Allah S.W.T. saya sudah bertanyakan hal ini kepada cikgu Ghafar berkenaan masalah nie... tidak banyak yang dapat dibantu... kerana c.ghafar pun baru memulakan projek ini dan belajar dari semasa ke semasa secara tidak langsung dari guru-guru lain. dan dia pun baru tahun nie ditugaskan untuk mengajar topik pertanian oleh saya..... secara praktikalnya... cikgu ghafar masih mengajar penanaman secara tradisional dimana menggunakan baja tanah bakar yang sememangnya terdapat disekolah hasil keringat tukang kebun bakar sampah..... setiap minggu murid akan menggembur tanah dan meletakkan baja berkeaan. setiap murid telah dilatih menyiram pokok setiap pagi sebelum sesi persekolahan bermula... untuk makluman anakkhas kebun yang diusahakan dipayungi oleh jaring hitam bagi mengelakkan cahaya matahari yang berlebihan merosakkan pokok ....... sekian..

    ReplyDelete