Tuesday, November 17, 2009
pERKHEMAHAN MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS
Bermula semalam 16 sehingga 18 seramai 3 murid dan seorang guru serta seorang PPM menyertai perkhemahan murid-murid pendidikan khas peringkat negeri melaka bertempat di Ayer Keroh Melaka. sempat juga saya berkunjung kesana semalam melihat perkembangan murid sekolah saya selepas selesai waktu persekolahan.. rata-ratanya mereka begitu teruja mengikuti perkhemahan ni. hari ni saya tidak berkesempatan pergi kesana kerana sibuk dengan mesyuarat kurikulum dan persiapan PA sistem (pinjam PKG Jasin) untuk hari Q esok... saya di maklumkan ketiga-murid terlibat dengan malam kebudayaan mewakili zon jasin dalam membuat persembahan. berbakat juga yer....segala gambar aktiviti akan dipamerkan kelak setelah ianya diperoleh dari cikgu ghafar.
Monday, November 16, 2009
lawatan ke genting highlands
Pada 10 November lalu sekolah telah mengadakan lawatan ke genting highlands..... murid pendidikan khas pun join sekali.... kebetulan cikgu norliza guru pendidikan khas ketua rombongan habis diangkut sekali guru, murid dan ppm pendidikan khas...... rombongan ini sebenarnya dikhususkan untuk tahap 2....... Lawatan nie memang best gilerrrrrr.... saya pun firstime sampai disitu.... murid pendkhas apa lagi seronoknya bukan kepalang......... dapat bermain pelbagai permainan yang ada disitu.... banyak gambar ke genting highland tu telah dimuat turun ke dalam facebook saya....aimran hamzah. so harap tahun hadapan dapat lagi diadakan program lawatan yang menarik bagi membuka minda murid terutamanya pendidikan khas..... lawatan ini adalah kali ketiga....untuk tahun nie.... kali pertama... ke zoo melaka dan eye on melaka.... ke dua ...ke Kuala Lumpur..Petro Sains dan KLCC dan ke Genting Highland yang ketiga.....
Wednesday, October 7, 2009
LAWATAN GURU PELATIH DARI IPG-IPPM
HARI NIE TERDAPAT LAWATAN DARIPADA GURU PELATIH IPPM KE SEKOLAH. DIOARANG DTG KERANA ADA PROGRAM SAINS BERSAMA GURU ALIRAN PERDANA. KESEMUANYA WANITA. TAHNIAH KEPADA GURU SAINS SEKOLAH KERANA BERJAYA MEMUASKAN HATI MEREKA. KEPADA GURU PELATIH TERUSLAH BERUSAHA DAN SEMOGA BERJAYA.
Wednesday, September 9, 2009
CUTI BERGILIR
Sempena Peperiksaan UPSR yang sedang berlangsung maka esok telah diumumkan cuti bagi murid-murid berkeperluan khas. bersorak ler korang. cikgu tak ade cuti. kerja tetap kerja. cuti nie cuti bergilir. setiap darjah merasai cuti satu hari bermula selasa ari tu. jangan pulak beli mercun sudahle waktu cuti nie. depan rumah cikgu setiap malam ada pesta mercun buat memeningkan saraf telinga cikgu.....
Friday, August 21, 2009
SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT BERCUTI

Dikesempatan di bulan mulia ini saya ingin mengucapkan salam ramadahan kepada semua muslimin dan muslimat walau dimana jua berada. khas buat semua murid-murid disamping berpuasa diucap selamat bercuti....... tetapi jangan lupa kerja sekolah yang diberikan dan rajin-rajinlah membuat ulangkaji. Exam UPSR dah hampir................
Wednesday, August 12, 2009
PROJEK TAMAN BOTANIKAL

Projek taman botanikal baru je start bulan Mei ari tu.... ia dibawah kendalian cikgu ghafar... maklumlah subjek pertanian... yang bestnya.... hampir 90% dilakukan oleh murid dan hasil tanaman pun dah mula dituai.... kuikuikui... makcik kantin le jadi tempat jualan. hari tu dapat le RM 2 bendi... semalam dapat RM1 sbb bendi dah tua sikit.... takpelah... puas hati budak dapat tengok hasilnye. "macam-macam ada" bendi, cili api, bayam, terung, kacang panjang, kangkung dan bestnye pokok bunga ler.... 2 waktu je(60 minit dalam seminggu) untuk topik pertanian tetapi dengan kebijaksanaan cikgu ghafar menguruskannya dan dibantu guru-pendidikan khas yang lain..... perlaksanaan taman ini berjaya......
ANGKARA H1N1

hmmmmmmmmmmmmm. macam-macam hal dah berlaku psl selesema babi. banyak orang dah mati. sekolah kawasan jasin pun dah banyak tutup. Alhamdulillah SK Chinchin masih bertahan. mungkin sebab duduk di kampung maka penularannya tak sehebat di bandar. Tuptup.... tadi dah datang beberapa pegawai kesihatan ke sekolah... habis semua murid diperiksa.... kami
berterima kasih sangaaaaaaaaaaatlahh sbb sudi juga datang menjengah kat sekolah kampung ni... memang dasar selesema babi tak kenal siapa.... 3 orang positif kena... terkejut jugak... sbb salah sorangnya anak cikgu sekolah ni.... apa lagi kuarantin rumah ler diaorang... sekolah tetap diteruskan kerana tidak mencapai tahap yang membahayakan... esok.... aku pakai topeng mulut. dah takut dah ler...
berterima kasih sangaaaaaaaaaaatlahh sbb sudi juga datang menjengah kat sekolah kampung ni... memang dasar selesema babi tak kenal siapa.... 3 orang positif kena... terkejut jugak... sbb salah sorangnya anak cikgu sekolah ni.... apa lagi kuarantin rumah ler diaorang... sekolah tetap diteruskan kerana tidak mencapai tahap yang membahayakan... esok.... aku pakai topeng mulut. dah takut dah ler...
Subscribe to:
Posts (Atom)

